Sabtu, 26 Mac 2011

BISIKAN HATI

"KATAK" jerit Azlin.
Sekaligus bilik kelas tingkatan 4 Damai menyambut dengan gelak tawa pelajar lelaki,pelajar perempuan pula menjerit lari. Masing-masing dengan reaksi tersendiri. Tidak tersangka dalam sedang mereka bergembira menyambut hari lahirnya, ada orang yang ingin membuat aniaya. Terus dia menjeling ke arah Radzi, dilihatnya Radzi sedang tergelak-gelak. Sudah pasti tiada orang lain yang akan melakukan benda begini. Radzi memang suka mengganggunya, sejak dari darjah 5 hinggalah sekarang. Entah kenapa setiap tahun mereka terpilih untuk berada di kelas yang sama.
"Tak puas lagi ke kamu ganggu aku Radzi" teriak Azlin. Air matanya mula menitis
Suasana kelas mula masih riuh dengan gelak tawa pelajar lelaki. Azlin terus keluar dari kelas. Terasa seperti katak tadi masih melekat di tangannya. Sampai sahaja di tandas dia terus membasuh tangan sambil menitiskan air mata. Dalam hatinya sentiasa mencaci-caci Radzi, setiap hari dia tidak pernah terlepas dari jadi bahan usikan Radzi.
"Satu hari nanti akan ku balas" bisikan hati Azlin.
Sambil melangkah semula ke kelasAzlin menyapu air matanya dengan perlahan-lahan sambil menenangkan hati. Suasana kelas telah senyap, mungkin Cikgu Zul telah masuk mengajar.
"Assalamualaikum" ucap Azlin sambil mengetuk pintu.
"Wa`alaikummussalam" Jawab Cikgu Zul sambil menjeling ke arah Azlin.
Azlin terus ke tempat duduknya, sambil menjeling ke arah Radzi. Radzi berpaling ke arahnya dan tersenyum, terus Azlin berpaling ke arah kerusinya.
"Kalau ya pun kamu sambut hari lahir dalam kelas, janganlah sampai kelas ni macam kena ribut" Lantang suara Cikgu Zul.
"Bising mengalahkan tadika pula" sambungnya lagi.
Siapa tak kenal Cikgu Zul Singa, guru paling garang di sekolah. Azlin berpaling ke arah Radzi,Radzi masih tersenyum memandangnya. Kelas Cikgu Zul bermula tanpa satu suara dari pelajar. Suasana tersebut berterusan sehingga waktu balik.
Sampai sahaja di rumah, Azlin terus masuk ke biliknya. Dia masih teringatkan perbuatan Radzi di sekolah tadi. Terus dia capai majalah remaja di mejanya, terus dia menyelak-nyelak majalah tersebut. Jarinya terhenti setelah berada di ramalan bintang zodiak. Tidak pernah dia membaca ruangan tersebut, lalu matanya perlahan-lahan membaca bintang Leo. Entah kenapa tiba-tiba dia tertarik untuk membacanya. Sampai di satu bahagian membuatkan Azlin tersenyum sendirian, bagaimana pertemuan pertama dengan kekasih. Ianya mencadangkan agar bintang Leo duduk di satu tempat yang menjadi laluan orang ramai.
"Apa salahnya aku mencuba" bisik hatinya.
Menjelang hari minggu Azlin keluar sendirian, malu jikalau kawan-kawannya tahu apa yang dia akan lakukan. Azlin pergi ke kedai serbaneka untuk membeli barang untuk belajar dan juga sebotol air. Sambil berjalan dia meninjau-ninjau tempat yang sesuai untuk duduk. Sehinggalah dia terjumpa satu tempat yang berada di depan pasaraya besar. Tanpa berfikir panjang dia terus duduk dan mengeluarkan air minuman dan novel untuk di jadikan alasan dia duduk di situ.
Setelah setengah jam dia duduk, hatinya mula merasa tidak selesa. Ramai yang lalu di hadapannya berbisik-bisik sambil menjeling ke arahnya.
"Bodohnya aku buat benda tanpa berfikir" bisik hatinya penuh sesalan.
"Kamu buat apa Azlin" tegur satu suara yang sangat Azlin kenali.
Terus dia mendongak untuk mengasahkan telahannya, memang benar Radzi berada di depannya. Terus dia tertunduk, dia sudah mula terbayang Radzi akan tergelak dan menceritakan ke seluruh kelas. Cerita itu pasti akan tersebar ke seluruh sekolah.
"Tengah baca novel" jawab Azlin besahaja. Terus dia mengambil minuman untuk menghilangkan rasa gugupnya.
"Rupanya kamu yang orang ramai kata pelik tu"ujar Radzi.
Menggelabah Azlin mendengarnya. Sudah pasti akan heboh di sekolah esok.
"Jangan kacau akulah Radzi" balas Azlin untuk menutup malunya.
Tiba-tiba Radzi duduk di sebelahnya. Azlin menjeling marah untuk melindungi perasaan malunya.
"Mungkin kalau kita duduk berdua, orang tak kata pelik" ujar Radzi perlahan.
Tiada senyum nakal pada bibirnya. Azlin terdiam, niatnya untuk marah hilang begitu sahaja. Azlin terus membaca novel di tangannya, dalam hatinya mula berbisik.
"Kenapa Radzi hari ini tidak seperti biasa"
Lima minit kemudian Azlin menutup novel di tangannya, terus dia bangun dan mencapai botol minumannya.
"Aku pergi dulu" ujar Azlin seraya berlalu.
"Baiklah" Angguk Radzi seraya bangun.
"Takkanlah Radzi yang bakal jadi kekasih aku" bisikan hati Azlin sambil tersenyum.

Rabu, 23 Mac 2011

TAMAK


Kisah hidup Pak Mail dengan Mak Limah,hidup berdua tiada anak penyeri hidup. Makan pula kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Mengharapkan hasil upah menebas dengan menggunakan parang. Di samping itu dia juga mengumpul kertas dan besi buruk sebagai pendapatan tambahan.

Seperti biasa Pak Mail berjalan pulang melalui tebing sebuah tasik untuk sampai ke rumahnya. Ada orang mengatakan ada puaka di dalam tasik itu,tapi Pak Mail tidak pedulikan semua tu. Selama 50 tahun dia melalui jalan itu, tak pernah dia jumpa apa-apa. Sesekali dia ingin menyelam mencari puaka tersebut tetapi dia tak pandai berenang.

Suatu petang ketika sampai di tasik tersebut,parang Pak Mail terjatuh ke dalam tasik. Pak Mail terus terduduk,sambil menitiskan air mata. Hanya itulah sumber pencarian hidupnya. Nak beli yang baru masih tak termampu.

Tiba-tiba muncul satu lembaga di atas permukaan air. Menggigil Pak Mail melihatnya.

" Apa kesusahan kamu orang tua,biar aku bantu" Ujar lembaga tersebut.
" Parang aku terjatuh dalam tasik" jawab Pak Mail takut-takut
Lalu lembaga tersebut tenggelam. Sebentar kemudian, lembaga tersebut timbul semula.
" Inikah parang kamu orang tua" tanya lembaga tersebut sambil menunjukkan parang perak.
" Bukan" jawab Pak Mail sambil menggelengkan kepala.

Lembaga tersebut tenggelam semula. Sebentar kemudian ianya timbul semula dengan parang emas.

" Inikah parang kamu"
" Bukan"

Lembaga tersebut tenggelam semula dan timbul dengan parang Pak Mail.

" Itulah parang aku" gembira Pak Mail melihat parangnya
" Ambillah ketiga-tiganya" lembaga tersebut menghulurkan parang-parang tersebut
" Ini hadiah kejujuran kamu" sambung lembaga tersebut.
" Terima kasih" ujar Pak Mail kegembiraan.

Lembaga tersebut terus hilang. Pak Mail terus berjalan pulang kegembiraan. Sampai di rumah terus dia tunjukkan parang emas dan perak tersebut kepada Mak Limah. Dia terus menceritakan apa yang terjadi.

" Betul ke ni bang" tanya Mak Limah.
" Ikut abang,abang tunjukkan" balas Pak Mail

Mereka terus pergi ke tasik tersebut. Tiba-tiba Mak Limah tergelincir lalu terjatuh ke dalam tasik. Meraunglah Pak Mail sambil memanggil Mak Limah.

" Apa pula masalah kamu orang tua" tiba-tiba kedengaran suara.

Pak Mail melihat ke arah suara tersebut,rupa-rupanya lembaga tadi.

" Isteri aku terjatuh dalam tasik" jawab Pak Mail sambil terisak-isak.

Lembaga tersebut tenggelam. Kemudian muncul semula dengan Lisa Surihani. Pak Mail tertunduk sambil terisak-isak.

" Inikah isteri kamu"
" Ya" balas Pak Mail seketika kemudian.
" Kenapa kamu menjadi tamak pula,tadi kamu tak tamak" tengking lembaga tersebut.
" Kalau aku katakan tidak, kamu akan bawakan Diana Danielle. Kemudian barulah kamu bawakan isteri aku. Bila aku katakan ya, kamu akan berikan ke tiga-tiganya"
" Aku tak mampu nak manyara mereka bertiga" sambung Pak Mail.
" Tamakkah aku ni" teriak Pak Mail sambil menangis.

KLINIK PERGIGIAN DR ROMZI


Untuk maklumam semua....ni bkn klinik aku.Nama je sama
Bkn sng nk jumpa org yg sama nama dgn aku ni.
Dr Romzi ni org perak....jauh btul nk jumpa org nama sama
Aku cuma nk tolong promosikn klinik gigi kt bandar permaisuri jer.Saper2 yg sakit gigi silalh ke klinik gigi ni.Yg pompuan kna bawak teman,sbb xder dr pompuan.
JGN PLAK KORG TERTUKAR DGN DR ROZMEY (jus mate 5) tue

Selasa, 15 Mac 2011

LAGU TEMA KARTUN


Walaupun ianya lagu kartun,tapi lebih baik dari lagu2 cinta.kat bawah ni sarikata lagu

Saya menemui sebuah TV berwarna merah cerah
Aku membawanya pulang dengan basikal saya
malam itu sedikit sedikit hangat
Saya menemui gaun kelmarin
Aku membawanya pulang dengan basikal saya
Aku ingin tahu apa saya akan mencari besok?
berbasikal kitar semula

Kemalangan berlaku
Lebih rempah kari, semakin baik
Selalu pilih batu dahulu di permainan batu-kertas-gunting
Semua pengalaman manusia baik

Ah ...
Dalam bilik ini tanpa perabot
Hidup dalam kemiskinan, kefakiran saya
Aku mengangkat kepalaku dan naik basikal yang maju!
tiada pelana, tapi "Aku punya pedal"

Saya menemui sebuah TV berwarna merah cerah
Aku membawanya pulang dengan basikal saya
malam itu sedikit sedikit hangat
basikal terus bergerak maju!
Ini membawa impian besar saya dan perabot saya
Aku yakin besok aku akan menemukan sesuatu!

Khamis, 3 Mac 2011

SALAHKAH AKU CANTIK


Seperti biasa aku berjalan ke kedai runcit, memakai baju kurung yang baru dibeli. Nak beli tepung dan telur untuk buat kuih esok. Dengan hasil kuih itulah aku beli pakaian dan alat mekap aku. Sedang aku berjalan tu, ada 4 kutu berahak sedang melepak dekat pintu pagar sekolah. Untuk menjaga maruah aku, aku tundukkan muka.
“ Zaharah......nak kemana tu”
“Baju kurung baru nampak”
Tiba-tiba kedengaran suara manja-manja dibuat. Aku tidak pedulikan, kerana mereka memang suka mengganggu aku.
“ Alahai sombongnya Zaharah” suara lain pula berbunyi
Aku lajukan langkahku,biar lepas dari pandangan mereka.
“ Nak abang temankan ke” sahut kutu berahak yang lain.
Aku tidak peduli, kulajukan lagi langkahku. Tanpa menoleh kebelakang, aku tahu mereka sudah jauh. Nasib baik mereka tidak ikut aku.
Sampai sahaja di kedai,Pak Cik Karim pula yang memandang aku. Pandangan matanya sangatlah aku tak suka. Aku pun terus meminta tepung dan telur. Pak Cik Karim melangkah sambil menjeling pada aku. Dia masukkan tepung dan telur ke dalam plastik.
“ 10 ringgit jer Zaharah” manja mengada ucapan Pak Cik Karim.
Aku hulurkan duit sambil tundukkan muka. Tersentak aku bila tangan aku dipegang Pak Cik Karim. Tak sangka pula Pak Cik Karim berani pegang tangan aku, cepat-cepat aku tarik tangan aku. Tak padan pakai kopiah, tapi perangai begini.
Aku melangkah keluar dari kedai. Apa yang penting, aku perlu sampai ke rumah segera. Janganlah ada yang mengganggu aku lagi.
“ Kalau betullah awak nak tambah isteri, saya boleh pinangkan. Tapi bukan si Zaharah tu”
Kedengaran suara Mak Limah,isteri Pak Cik Karim. Aku terus melangkah, biarlah apa yang Mak Limah nak kata.
Setelah jauh dari kedai Pak Cik Karim, datang budak-budak motor. Mereka bersiul-siul sambil membuat aksi masing-masing. Kali ni memang aku kena lajukan langkah aku, mereka memang berani buat apa-apa sahaja. Mereka berpusing-pusing mengelilingi aku, aku tak boleh melangkah lagi. Aku semakin takut.
Tiba-tiba mereka berhenti, aku terkepung oleh mereka. Hanya Tuhan yang tahu betapa takutnya aku ketika itu. Mereka cuba sentuh pipi aku.
“ Naiklah motor abang,biar abang hantarkan Zaharah balik”
Ujar salah seorang dari mereka. Aku tidak peduli, aku tundukkan muka. Tiba-tiba pinggang aku di peluk dari belakang. Ya Allah.....
“ Lepaskan aku” jerit aku sambil memukul mereka dengan plastik telur dan tepung.
Telur sudah pecah, mereka mula menjauhkan diri dari aku.
“ Sedarlah diri kamu tu. Balik cermin muka kamu tu” jerit salah seorang dari mereka
Mereka tinggalkan aku. Aku menangis tak tertahan. Sambil aku berjalan balik ke rumah dengan tangan kosong. Apalah salah aku, mengapa orang kampung melayan aku begini.
Kebetulan aku sampai di rumah, ibu aku berada di tangga. Terus dia memeluk aku dan memujuk aku. Aku melangkah masuk ke dalam rumah, bapaku memandang dengan mata bengis. Bapa aku sendiri pun melayan aku begini. Hanya ibulah tempat aku bermanja dan meluahkan rasa. Aku masuk ke bilik aku, ibuku terus mengikut sambil memujuk aku. Aku peluk teddy bear yang berada di tengah-tengah katil.
“ Apa salah saya mak. Kenapa orang kampung layan saya begini mak” ujarku pada ibuku.
“ Memang salah. Kalau boleh aku sendiri nak tembak kamu” tengking bapaku tiba-tiba.
Makin pedih aku rasakan. Sanggup seorang bapa berkata begitu terhadap anaknya. Bapaku manyambung lagi.
“ Apa nak jadi dengan kamu ni Zahari, dahlah kamu seorang jer anak aku. Lelaki dah macam perempuan”
Raungan aku semakin kuat.