Rabu, 13 April 2011
BAGI SALAH TAK BAGI SERBA SALAH
Peminta sedekah....apa yg korg rasa bila tgk diorg hulur tgn, sambil meminta ehsan drpd korg. Kesian? sedih? sayu? benci? menyampah?.
apa plak kata hati korg. YA ALLAH,kesiannya? susahnya dia ni nk teruskn hidup? apa yg patut aku buat utk tlg? minta sedekah lagi? nampak cam sihat,btul ker dia ni susah?
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
sememangnya sedekah itu baik utk pemberi dn penerimanya
bknnya mereka suka2 nk meminta. cuba bayangkn korg berada di tempat diorg. perut korg kelaparn,perut ank2 korg kelaparn. mana lbih sanggup korg buat meminta atau mencuri.
kesiannya nenek ni. meminta ihsan org ramai. mungkin dh berhari2 dia x mkn. mungkin dia di buang ank cucu nya. pelbagai lagi `mungkin` selagi kita x bertanya padanya.
sesungguhnya, nenek ni patut kita bagi sedekah.lebih baik lagi kita hantarkn ke mana2 rumah kebajikan yg berlambak di MALAYSIA ni. jgn lupa, kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu keluarga, kita SATU MALAYSIA.
ramai peminta sedekah skang ni dh kreatif, pandai pilih tempat dan masa. di mana tempat sibuk,di situ ada dia. jejantas tu dh kira pejabat diorg. sesekali out station pegi pasar2 yg berlambak kt MALAYSIA ni
Hari jumaat, umat islam berkumpul sembahyang jumaat di masjid. tak tertinggal jgk diorg. almaklumlh,umat islam MALAYSIA ni pemurah, hati mudah terusik.
camner plak dgn golongan camni?
nampak sihat walafiat,berat bdn mau 100 kg tu.kenapa perlu dia meminta2. adakah dia cacat anggota?
KENAPA AKU BERCERITA PASAL PEMINTA SEDEKAH?
Arini
ada seorg apek masuk kedai aku, padahal bkn ramai sgt pun keluarga cina. tak sampai pun 15 keluarga. dia dtg bwk macam2 surat, surat pengesahn doktor, surat jabatn kebajikan, gambar2 keluarga dan mcm2 lagi. Dia minta sumbangan ikhlas. Tapi bila aku tgk muka dia, terus muka aku jadi panas.mana taknya,dia pnah dtg sini 3-4 kali.
blum sempat aku tanya apa2 lagi, dia dh bagitau duit yg org derma2 dulu tu di curi org masa kemalangan bas. nampak sgt nk mengelak dari kna tanya kaw2.
yg sblm2 ni plak
aku ada terjumpa artikel dan jgk cerita member2 aku mengatakn
-walaupun mereka tu meminta sedekah,tapi hidup mereka lebih mewah dari kita,ada tanah, rumah, kereta
-mereka tu mangsa sindiket peminta sedekah
-yg paling x tahannya diorg tu mat dadah
golongan camni patut ker kita bagi sedekah?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2la..mcm2 skrg nie....kdg2..kt kdai mkn pn bnyk..mntk sdekah tme kita mkn...
BalasPadamyg kt kedai mkn tu mmg selalu jumpa
BalasPadamorg celik tarik org buta
lagi dahsyat.....yg celik tu rambut cacak2 perang, merah hahaha