25/04/2011
jam 19:41
Aku telefon bos aku.
Aku : Assalamualaikum kak.
Bos : Waalaikumussalam. Ada apa Romzi.
Aku : Esok saya nak cuti kak.
Bos : Boleh. Naper. Kecemasan ke?
Aku : Tak.......Dendam
Kami sama-sama tergelak.
26/04/2011
Kami bertiga (dalam DENDAMKU PADA UDANG GALAH) turun ke Gelam Hangus lagi sekali. Cadangnya nak turun pukul 10 pagi, tapi ada sesab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pukul 12 jugak baru kami turun, panas tak ingat. Sampaikan sepet mata aku ni.
Dalam perjalanan tu sempatlah aku rakamkan gambar jambatan Bukit Putera Telaga Papan dan pulau pertama dari 4 buah pulau sepanjang perjalanan ke Gelam Hangus tu.
Disebabkan perjalanan masih jauh ditambah dengan panas pemandu kami (abang aku ler) singgah di Kuala Chalok. Alang-alang lalu, singgah sekejap menduga air.
Tapi sayangnya, air tengah pasang. Umpan kasar tiada, kalau tak. Mungkin tapah yang naik bot. Ruginya kami.
Kami teruskan perjalanan ke Gelam Hangus. Dan kami ambil port pertama kami.
Turun joran, bot bergoyang. Nasib baik tiada yang mabuk.
Dalam tengah layan-layan ombak kecil tu, tak sedar joran dah mengena. Maklumlah, kami tak perasan sebab bot bergoyang.
Setelah lama kami kat situ, kami berpindah-pindah. Maklumlah kita mana tau kat mana udang-udang tu melepak. Sampailah pukul 7 malam, kami pun simpan barang-barang dan balik.
Sampai kat rumah, anak saudara aku kata rasa nak makan sup. Aku terus siang udang-udang tu. Aku pilih yang kecil-kecil, udang besar tak sedap sangat di buat sup ni. Lepas tu aku bagi kat dia, dia yang masak. Tapi sayangnya, tak sempat nak ambik gambar, habis licin sup anak udang galah tu. Pergh.....sedap betul ler.
Rabu, 27 April 2011
Sabtu, 23 April 2011
DENDAMKU PADA UDANG GALAH
20/4/11
Abg aku pergi memancing seorg. Sebatang joran dilarikan ikan. Dari 12 btg jadi 11 btg. Aku sematkn dendam dlm hati, mesti turun lagi.
22/4/11
Misi ke Gelam Hangus, Rhu Sepuluh.
Asalnya lpas solat jumaat kami dua beradik ditambah seorg member nk terus bertolak. Tapi sygnya, kami turun lewat atas sbb2 yg x dpt dielakkn. Pkl 4 ptg bru kami bertolak dari pengkalan kt kg Bukit Layat. Sampailh lbih krg pkl 5, mmg dh terkeluar dari waktu udang galak tu.
Allhamdulillah, cuaca mengizinkn. Tiada hujan dan jgk angin kuat. Tapi kami tetap `layan` ombak kecil.
Arini sgt meriah, tak sempat nk rakam video. Gambar pun tak sempat. Mmg best btul ler.
Persedian untuk apa2 jenis pengacau mesti lengkap. Mana sempat nk halau2 nyamuk dgn pengacau2 yg lain yg bermain2 kt telinga ni. Sbb tulh wujudnya ninja2 ni.
Inilh hasil kami 2 beradik. Mmg tak byk, tak padan dgn modal. Maknanya, kami kena turun lagi. Layan udang galah.
Sabtu, 16 April 2011
ADUHAI UDANG GALAH
15/04/2011 di lokasi Sg Kg Bukit Layat Kg Bukit Putera
Kami 2 beradik pergi memancing udang galah. Kelmarin kami dh try, hasil blehlh. Sbb kami mmg bwk skit jer. Tak sampai 1 jam pun, kami blik sbb dh gelap dan jgk umpan dh tarak huhuhu.
Tapi apalah nasib, rezeki semalam bkn sama dgn hari ini. Setelah naik bot selama lbih krg 20 minit, kami ambik port cantik yg biasa kami memancing.
Tgh kami termenung tu. Tiba-tiba joran abg aku di tarik kuat, nasib baik tak melayang. Mmg bkn kerja udang tu.
Rupa-rupanya......segan aku nk sebut hahaha
Memancing ni mmg memerlukn byk kesabarn. Bkn semua org bleh memancing ni. Nak-nak plak dgn golongan2 pengacau ni
Aku nk ingatkn. Walaupun kita di kelilingi air, jgn plak lupa air minum. Melainkn korg sanggup minum air sungai yg atas nasib ler. Mungkin kena teh ais, takpun sarsi lagi dasyat kicap ataupun budu
Dh lama sgt termenung kt situ, joran kurang bergetar. Kami berpindah tempat ler. Buat apa termenung tempat sama klu dh xder apa2.
Termenung punya termenung, dptlh tgk joran bergetar
Tapi hasil tak seperti yg kami harapkn. Rezeki itu permberiaan ALLAH, kita tak tau berapa byk yg kita dpt. Tapi kita kena usahakn jgk.
Hari dh lewat, hasil tak byk. Jadi terus ambik keputusan utk blik jer. Klu joran bergetar tak henti2, pasti sampai habis umpan kami tunggu.
Ini jerlh yg kami dpt, mmg x pdn. Tapi aku tetap berpuas hati sbb bleh turun memancing. Lain kali aku kena turun lagi, adakh cuaca mengizinkn?
Rabu, 13 April 2011
BAGI SALAH TAK BAGI SERBA SALAH
Peminta sedekah....apa yg korg rasa bila tgk diorg hulur tgn, sambil meminta ehsan drpd korg. Kesian? sedih? sayu? benci? menyampah?.
apa plak kata hati korg. YA ALLAH,kesiannya? susahnya dia ni nk teruskn hidup? apa yg patut aku buat utk tlg? minta sedekah lagi? nampak cam sihat,btul ker dia ni susah?
Hadis-hadis Rasulullah Tentang Kelebihan Bersedekah
(Susunan: Ibnu Umar Asseluluni)
Berikut adalah lapan buah hadis, diantara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan bersedekah, mudah-mudahan dengan menghayatinya memberikan galakan kepada kita semua untuk rajin bersedekah.
Hadis-1
[Mafhumnya] Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-2
[Mafhumnya] Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Hadis-3
[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)
Hadis-4
[Mafhumnya] Tiap muslim wajib Bersedekah. Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau dia tidak memiliki sesuatu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Bekerja dengan keterampilan tangannya untuk kemanfaatan bagi dirinya lalu Bersedekah." Mereka bertanya lagi. Bagaimana kalau dia tidak mampu?" Nabi menjawab: "Menolong orang yang memerlukankan yang sedang teraniaya" Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi menjawab: "Menyuruh berbuat ma'ruf." Mereka bertanya: "Bagaimana kalau dia tidak melakukannya?" Nabi s.a.w. menjawab, "Mencegah diri dari berbuat kejahatan itulah sedekah."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Hadis-5
[Mafhumnya] Orang yang membatalkan pemberian (atau meminta kembali) sedekahnya adalah seperti anjing yang makan kembali muntahannya.
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-6
[Mafhumnya] Barangsiapa diberi Allah harta dan tidak menunaikan zakatnya kelak pada hari kiamat dia akan dibayang-bayangi dengan seekor ular bermata satu di tengah dan punya dua lidah yang melilitnya. Ular itu mencengkam kedua rahangnya seraya berkata, "Aku hartamu, aku pusaka simpananmu." Kemudian nabi s.a.w. membaca firman Allah surat Ali Imran ayat 180: "Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)
Hadis-7
[Mafhumnya] Abu Dzarr R.a. berkata bahawa beberapa sahabat Rasulullah s.a.w. berkata, "Ya Rasulullah, orang-orang yang banyak hartanya memperoleh lebih banyak pahala. Mereka solat sebagaimana kami solat dan berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka boleh bersedekah dengan kelebihan harta mereka." Nabi s.a.w. lalu berkata, "Bukankah Allah telah memberimu apa yang dapat kamu sedekahkan? Tiap-tiap ucapan Tasbih adalah sedekah, Takbir sedekah, Tahmid sedekah, Tahlil sedekah, Amar Makruf sedekah, Nahi Mungkar sedekah, Berjimak dengan isteri pun sedekah." Para sahabat lalu bertanya, "Apakah memuaskan nafsu syahwat mendapat pahala?" Nabi menjawab, "Tidakkah kamu mengerti bahawa kalau dipuaskan nafsu syahwat di tempat yang haram bukankah itu berdosa? Begitu pula kalau syahwat diletakkan di tempat halal, maka dia memperoleh pahala.
(Hadis Riwayat: Imam Muslim)
Hadis-8
[Mafhumnya] Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu.
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
sememangnya sedekah itu baik utk pemberi dn penerimanya
bknnya mereka suka2 nk meminta. cuba bayangkn korg berada di tempat diorg. perut korg kelaparn,perut ank2 korg kelaparn. mana lbih sanggup korg buat meminta atau mencuri.
kesiannya nenek ni. meminta ihsan org ramai. mungkin dh berhari2 dia x mkn. mungkin dia di buang ank cucu nya. pelbagai lagi `mungkin` selagi kita x bertanya padanya.
sesungguhnya, nenek ni patut kita bagi sedekah.lebih baik lagi kita hantarkn ke mana2 rumah kebajikan yg berlambak di MALAYSIA ni. jgn lupa, kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu keluarga, kita SATU MALAYSIA.
ramai peminta sedekah skang ni dh kreatif, pandai pilih tempat dan masa. di mana tempat sibuk,di situ ada dia. jejantas tu dh kira pejabat diorg. sesekali out station pegi pasar2 yg berlambak kt MALAYSIA ni
Hari jumaat, umat islam berkumpul sembahyang jumaat di masjid. tak tertinggal jgk diorg. almaklumlh,umat islam MALAYSIA ni pemurah, hati mudah terusik.
camner plak dgn golongan camni?
nampak sihat walafiat,berat bdn mau 100 kg tu.kenapa perlu dia meminta2. adakah dia cacat anggota?
KENAPA AKU BERCERITA PASAL PEMINTA SEDEKAH?
Arini
ada seorg apek masuk kedai aku, padahal bkn ramai sgt pun keluarga cina. tak sampai pun 15 keluarga. dia dtg bwk macam2 surat, surat pengesahn doktor, surat jabatn kebajikan, gambar2 keluarga dan mcm2 lagi. Dia minta sumbangan ikhlas. Tapi bila aku tgk muka dia, terus muka aku jadi panas.mana taknya,dia pnah dtg sini 3-4 kali.
blum sempat aku tanya apa2 lagi, dia dh bagitau duit yg org derma2 dulu tu di curi org masa kemalangan bas. nampak sgt nk mengelak dari kna tanya kaw2.
yg sblm2 ni plak
aku ada terjumpa artikel dan jgk cerita member2 aku mengatakn
-walaupun mereka tu meminta sedekah,tapi hidup mereka lebih mewah dari kita,ada tanah, rumah, kereta
-mereka tu mangsa sindiket peminta sedekah
-yg paling x tahannya diorg tu mat dadah
golongan camni patut ker kita bagi sedekah?
Isnin, 11 April 2011
surat cinta dari mat rock
Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..
Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?
Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.
Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!
Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu “antara gadis” masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!
Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!
Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!
Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!
Yang Benar, Rockersejati
Sabtu, 9 April 2011
lata payong 8 april 2011 / jumaat
berkelah dgn ank2 sedaraku.3 org poksu
nk ajak ramai2 x muat keta,malas nk bwk yg pompuan. susah nk jaga
APA BAHAN DALAM AIR RIBENA?
25 Rabiulawal 1432H. [MOD] -
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.
Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.
Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.
Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.
Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena..
Oleh : PieLan
NASIB BAIKLAH AKU X MINAT SGT DGN AIR RIBENA NI,TAPI AKU TERMINUMLH JGK SDIKIT
TELUR PALSU?
Di China melakukan pemalsuan telur atau telur sintetis tidak lagi dilakukan dengan sembunyi-sembunyi, oleh kerana di dalamnya terdapat terapan teknikal dan tidak sembarang orang boleh melakukannya. Akhir-akhir ini terdapat sebuah syarikat pakar teknik pembuatan telur imitasi dari propinsi Henan, China dan mereka membuka outlet customer service di stesen kereta api dan bas serta mendirikan website untuk keperluan promosi.
Website tersebut memngajarkankan secara agak terperinci teknik pembuatan untuk berjaya dalam perniagaan telur imitasi: "Teknik telur imitasi, terbuat dari beberapa macam bahan makan yang mudah didapati, dihasilkan dengan konsep teknologi tinggi dalam meniru telur, dengan penampilan sangat mirip baik dalam hal : Kulit, putih telur, dan kuning telurnya, maupun dalam hal rasa sangat sukar dibezakan dengan yang asal. Menghasilkan kulit telur tidak memerlukan modal yang besar, yakni: 6 Sen / telur, kurang lebih bisa dihasilkan 3,500 unit / orang / hari. Jikalau telur imitasi tersebut diolah lagi menjadi telur masin maka untungnya semakin besar
Selain itu, saat transaksi jualan perlu diberi keterangan, bahawa ini adalah telur imitasi bercangkerang keras. Juga, syarikat itu mengajukan sebuah "Trick pemasaran" yang lain, yakni: Notis kepada pelanggan bahawa di dalam "telur" tersebut tidak mengandungi kolesterol, dengan demikian akan dapat menarik pelanggan tertentu.
Bahan putih : Resin, tepung, zat pemekat, pewarna dan lain-lain bahan kimia
kuning telur: pewarna dan resin.
Menurut saintis, putih telur palsu menggunakan Bai Fan (semacam herbal) yang apabila diambil dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan penyakit Alzheimer (nyanyuk).
Bagaimana Mengenali Telur Imitasi:
1. warna: Permukaan kulit telur imitasi lebih terang, tetapi tidak terlalu jelas
2. bunyi: Ada bunyi apabila telu digoyang-goyang kerana cecair yang meleleh keluar dari bahan zat pemekat
3. bau : Telur asli berbau agak hanyir/hamis, sedangkan telur palsu kemungkinan berbau bahan kimia
4. putih telur dan kuning telur mudah bercampur setelah dipecahkan
5. Semasa membuat telur mata kerbau, putih dan kuning telurnya di dalam kuali kelihatan menguning.
PALSU: padat
ORIGINAL: berongga
PALSU: tidak sekata
ORIGINAL: licin dan rata
Khamis, 7 April 2011
SEANDAINYA FACEBOOK,TWITTER,TAGGED DAN LAIN-LAIN DIHAPUSKAN
Pernah x korg terpikir.............
camnerlh agaknya klu facebook dgn benda2 lain tu dh xder. yg bleh aku bygkn...
1) hilang kwn2 lama,susah nk jumpa
2) komitmen kerja meningkat naik
3) result periksa bdk2 skolh & u meningkat
4) ramai remaja (org dwasa & tua) pun mula melangkah ke masjid
5) byk CC yg akan tutup
6) bertambahnya mat rempit dan minah `sempit`
7) xder kes org kna belasah sbb laman sosial
8) x byk kes cerai (sbb jeles)
9) tokey celcom,maxis,digi dan jgk telekom bleh senyum :)
10) TNB naik tarif lagi sbb x byk untung
11) bertambahnya pasangan2 kt serata tempat. nk lpas rindu ler katakn
Langgan:
Catatan (Atom)