Isnin, 18 Jun 2012
Jom pakat ngail suko-suko baroh BUKIT LAYAT
Assalamualaikum………..
Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya baru muncul kembali. Lama menghilang sebab tiada apa2 cerita yang boleh dikongsikan. Hari ini baru boleh saya berkongsi cerita.
JOM PAKAT NGAIL SUKO-SUKO BAROH BUKIT LAYAT adalah anjuran PEMUDA UMNO kampung Bukit Layat, Jelapang, Sungai Pinang dan Sungai Lerek. Bertarikh 9 Jun 2012, penyertaan adalah terbuka kepada semua, syarat bagi pancing pula hanyalah mesti menggunakan batu landung rendam dalam istilah kami. Pendaftaran hanyalah RM 1 untuk satu joran, setiap peserta hanya dibenarkan dua joran sahaja. Hadiah yang ditawarkan bagi tempat pertama ialah RM 500, kedua RM 200, ketiga RM 100. 20 orang peserta dewasa layak mendapat hadiah bagi kategori ikan terberat. Bagi kanak-kanak pula pendaftaran adalah percuma, tempat pertama RM 50 dan 9 hamper disediakan. Cabutan bertuah juga disediakan 20 barangan elektrik dan 30 hamper. Peti sejuk hadiah bonanza yang menjadi tarikan utama pengunjung.
Urusan pendaftaran di khemah urusetia dibuka sehingga pukul 3.30 petang walaupun pertandingan telah bermula dari pukul 2.30 petang. Suasana semasa pertandingan memancing memang meriah dengan lagak pemancing dan juga kanak- kanak yang menemani ibu bapa. Peserta yang baru belajar memancing pun ada,nak sangkut umpan pun tak tahu. Ada juga pemancing yang membaling mata kail atas pokok seberang sungai, memang ramai yang buat tu. Sebelah saya sahaja pun sampaikan 5 orang yang sangkut di pokok yang sama. Tetapi yang paling merbahaya adalah sangkut pada orang, nasib baik singlet bukan kulit (tak sempat ambil gambar).
Dan pancing tu mengena ikan haruan 1 kg setelah 15 memancing, ikan terberat sehingga ke saat-saat terakhir. Setiap kali ada ikan yang sama saiz dinaikkan, Mohd Azmi (tuan pancing tu) pergi tengok. Tak senang duduk dia dibuatnya, takut dikalahkan. Kalau aku pun sama juga,mungkin lebih lagi teruk dari dia. Akhirnya dia menarik nafas lega setelah masa tinggal lagi 10 minit, tetapi 5 minit terakhir mengubah segalanya. Akhirnya menjadi naib juara, dikalahkan ikan ketutu (ikan ubi panggilan tempatan) seberat 1.28 kg.
Lagi cerita menarik, pancing Zaidi bernombor 024 mengena ikan selat seberat 0.24 kg. Dia mendapat tempat ke 13, nasib baik bukan 19 (ada cerita tersendiri hehe). Ada peserta cilik yang menaikkan udang galah seberat 0.18 kg,melayakkan dia mendapat hadiah istimewa. Tetapi tak layak kerana ada juga peserta yang menaikkan udang galah kedua. Lau memenangi hadiah istimewa, dengan tangkapan sangat-sangat istimewa, ULAR. LA BULEH ULA (Lau mengena ular).
Semasa majlis penyampaian hadiah, YB HJ ASHA`ARI BIN IDRIS mengeluarkan duit poket sendiri. YB menambahkan satu kategori istimewa iaitu ikan terkecil dengan hadiah RM 50. Cuaca mendung sepanjang pertandingan berlangsung, menambahkan ramai pengunjung.
Langgan:
Catatan (Atom)