Tuntutan dalam agama islam mewajibkan golongan perempuan memakai tudung, kerana rambut itu adalah aurat bagi golongan perempuan. Golongan lelaki juga wajib menyuruh isteri-isteri dan juga anak-anak perempuan bertudung. Ini adalah untuk melindungi golongan-golongan perempuan. Dan hari ini telah muncul pelabagi fesyen tudung sebagai alternatif golongan muslimah yang ingin bergaya. Masalahnya, adakah fesyen- fesyen tudung yang ada di pasaran sesuai dengan perintah Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)
“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Ramai orang pada masa kini memakai tudung yang sebegini,keluar jambul dan juga menampakkan batang leher. Adakah ini sesuai dengan perintah-NYA. Ataupun kita kini terlalu mementingkan gaya sehingga terlupa yang lebih utama.
Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan.
Ini pun boleh dikira topik besar. Bagaimana kita nak pastikan lelaki tua yang tidak berkeinginan terhadap perempuan. Banyak kes rogol sekarang melibatkan golongan datuk-datuk, lebih dasyat lagi merogol cucu sendiri. Ada kala cucu yang belum mengerti aurat, yang baru berumur 4 tahun pun menjadi mangsa rogol. Jadi istilah di atas sudah tidak boleh di guna pakai lagi, nafsu tidak mengenal usia.
Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang.
Istilah ini bukan hanya untuk mereka yang berkasut tumit tinggi (yang mana mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian orang), tetapi juga untuk mereka-mereka yang memakai bau-bauan yang menarik perhatian orang ramai. Begitu juga dengan pakaian yang menyerlah dan menarik perhatian orang ramai. Seperti mana tudung-tudung yang di pakai kebanyakan orang perempuan sekarang.
Mungkin kita terlupa, oleh itu kita patut saling ingat-mengingati sesama kita. Jangan sampai kita semua terus hanyut dan terlupa apa yang wajib ke atas kita sebagai orang islam.
Sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang.
Bagaimana berpakaian tetapi telanjang?
Istilah tersebut adalah untuk mereka-mereka (perempuan mahupun lelaki) yang memakai pakaian yang ketat atau juga nipis atau kedua-duanya sekali.
Lebih dasyat lagi, ada sesetengah umat yang mungkin tidak tahu hukum aurat bertudung. Tetapi memakai skirt mahupun seluar pendek.
Adakah mereka lupa ataupun buta.
PAKAIAN YANG SEPATUTNYA BAGI GOLONGAN PEREMPUAN?
Mengikut kata-kata ulamak, pakaian seperti diatas adalah yang terbaik bagi golongan perempuan. Tetapi, ada persoalan lain pula yang timbul. Tentunya fitnah, contohnya, mesti dia mengandung (bagi anak-anak dara), mesti muka buruk, mesti amal ilmu hitam dan macam-macam lagi fitnah yang mana sudah sebati dengan bangsa melayu. Harus di ingat perbuatan kita yang menimbulkan fitnah orang juga berdosa bagi kita.
JANGAN MENYAMAI GOLONGAN AHLI AGAMA LAIN
Ramai yang tak sedar kebanyakan fesyen sekarang menyerupai golongan-golongan agama lain. Seperti mana gambar di atas, memakai tudung menutupi setiap kulit (walaupun ketat menunjukan bentuk badan) tetapi menyerupai sister bagi agama kristian.
BUKAN SEMUA YANG BERTUDUNG TU BAIK DAN BUKAN SEMUA YANG TAK BERTUDUNG TU JAHAT
Memang benar,tetapi tudung itu wajib untuk golongan perempuan. Tudung juga adalah untuk melindungi maruah perempuan. Berhati-hatilah dalam berpakaian dan jagalah maruah diri. Akhir kata tadah tangan, tanya iman, Tanya mereka yang berpengetahuan (ulamak).
Khamis, 21 Julai 2011
Rabu, 13 Julai 2011
Bilalah nak dapat sebijik
Salam kawan2 semua,yg x kwn pun sama jgk. Utk musuh2 (ada ke?) aku mintak maaf byk2 ler.
Dh lama x entry apa2 kt blog ni,arini aku nk entry pasal minat aku. Ramai yg dh tau apa hobi aku kan (klu x pnah belek2 blog aku mungkin xtau ler). Ni satu lagi minat aku yg sinonim dgn mancing ni,fotografer (tukang ambik gambor ler,bkn dpn kamera). Hobi sng (bagi mereka yg pro ler dan bkn aku hehe) ni mmg dh lama menarik minat aku, sjk aku first time knal kamera. Klu x silap masa tu umur aku bru 10 thn kot,aku tgk abg aku klik sana klik sini. Cambest jer nengoknyer, lpas dia cuci filem (thn 1990 dulu mana ada kamera digital lagi) barula aku bleh tgk yg dia klik2 sblm2 nih.Cam x cayer jer, pic2 yg dia ambik kt kwsn laman rumah (termasuk isi rumah) nampak cantik lak.
Pic tu aku x pasti siapa yg rakamkn. Tapi itulah sejarah dan jgk kengan bagi mereka2 yg terlibat hehehe.
Skang ni aku tgh panas2kn tgn dgn kamera kompak Nikon COOLPIX L19. Kualiti pic tu mmg xderlh semegah mana, maklumlh bknnya DSLR yg harganya RM 5k. Tapi kira ok ler :(.
Semua pic2 tu aku rakam kt area rmh aku jer, bknnya jauh pun. Model manusia yg posing2 aku x brapa berminat nk rakam, lagipun klu org ramai yg berkenan dgn model2 tu, susah ler aku nih. Saper2 yg bermurah hati nk bagi DSLR Nikon D5100 bleh hubungi aku (sapolh yg nk bagi kn hahaha)

Langgan:
Catatan (Atom)