Isnin, 18 Jun 2012

Jom pakat ngail suko-suko baroh BUKIT LAYAT

Assalamualaikum………..
Setelah lama mendiamkan diri, akhirnya baru muncul kembali. Lama menghilang sebab tiada apa2 cerita yang boleh dikongsikan. Hari ini baru boleh saya berkongsi cerita.
JOM PAKAT NGAIL SUKO-SUKO BAROH BUKIT LAYAT adalah anjuran PEMUDA UMNO kampung Bukit Layat, Jelapang, Sungai Pinang dan Sungai Lerek. Bertarikh 9 Jun 2012, penyertaan adalah terbuka kepada semua, syarat bagi pancing pula hanyalah mesti menggunakan batu landung rendam dalam istilah kami. Pendaftaran hanyalah RM 1 untuk satu joran, setiap peserta hanya dibenarkan dua joran sahaja. Hadiah yang ditawarkan bagi tempat pertama ialah RM 500, kedua RM 200, ketiga RM 100. 20 orang peserta dewasa layak mendapat hadiah bagi kategori ikan terberat. Bagi kanak-kanak pula pendaftaran adalah percuma, tempat pertama RM 50 dan 9 hamper disediakan. Cabutan bertuah juga disediakan 20 barangan elektrik dan 30 hamper. Peti sejuk hadiah bonanza yang menjadi tarikan utama pengunjung.
Urusan pendaftaran di khemah urusetia dibuka sehingga pukul 3.30 petang walaupun pertandingan telah bermula dari pukul 2.30 petang. Suasana semasa pertandingan memancing memang meriah dengan lagak pemancing dan juga kanak- kanak yang menemani ibu bapa. Peserta yang baru belajar memancing pun ada,nak sangkut umpan pun tak tahu. Ada juga pemancing yang membaling mata kail atas pokok seberang sungai, memang ramai yang buat tu. Sebelah saya sahaja pun sampaikan 5 orang yang sangkut di pokok yang sama. Tetapi yang paling merbahaya adalah sangkut pada orang, nasib baik singlet bukan kulit (tak sempat ambil gambar).
Dan pancing tu mengena ikan haruan 1 kg setelah 15 memancing, ikan terberat sehingga ke saat-saat terakhir. Setiap kali ada ikan yang sama saiz dinaikkan, Mohd Azmi (tuan pancing tu) pergi tengok. Tak senang duduk dia dibuatnya, takut dikalahkan. Kalau aku pun sama juga,mungkin lebih lagi teruk dari dia. Akhirnya dia menarik nafas lega setelah masa tinggal lagi 10 minit, tetapi 5 minit terakhir mengubah segalanya. Akhirnya menjadi naib juara, dikalahkan ikan ketutu (ikan ubi panggilan tempatan) seberat 1.28 kg.
Lagi cerita menarik, pancing Zaidi bernombor 024 mengena ikan selat seberat 0.24 kg. Dia mendapat tempat ke 13, nasib baik bukan 19 (ada cerita tersendiri hehe). Ada peserta cilik yang menaikkan udang galah seberat 0.18 kg,melayakkan dia mendapat hadiah istimewa. Tetapi tak layak kerana ada juga peserta yang menaikkan udang galah kedua. Lau memenangi hadiah istimewa, dengan tangkapan sangat-sangat istimewa, ULAR. LA BULEH ULA (Lau mengena ular).
Semasa majlis penyampaian hadiah, YB HJ ASHA`ARI BIN IDRIS mengeluarkan duit poket sendiri. YB menambahkan satu kategori istimewa iaitu ikan terkecil dengan hadiah RM 50. Cuaca mendung sepanjang pertandingan berlangsung, menambahkan ramai pengunjung.

Ahad, 28 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL DAN HARAP JUMPA LAGI RAMADHAN DEPAN

Harap kepada semua kawan2 dan juga pembaca selamat dalam perjalanan di musim perayaan ni. Jangan tmbahkn statistik kemlangan dlm OPS SIKAP utk tahun ni dan tahun2 seterusnya.


Untuk perokok2 tegar pula. Skang adalh masa terbaik utk berhenti merokok. Mmg betul aku tak pernah merokok (pernah jgk tapi x sampai ketagih) nak suh org berenti mmg ler sng. Tapi bagi golongan perokok mmg susah nk berhenti, sbb dah jadi tabiat kan.

Nak taip byk pun malas,xder idea sgt hahaha. Last kata

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN
untuk semua pembaca dan kawan2 yg mana terasa dengan penulisan aku nih.

Khamis, 4 Ogos 2011

CERITA 3 HARI RAMADHAN

Salam semua. Selamat berpuasa dan selamat dijalan raya.

Dlm kita meriah2 sambut ramadhan ni,jgn terlupa plak dgn org2 yg x bleh sambut dgn meriah.Maklumlh,ramadhan ni sepatutnya kita berjimat cermat.Tapi yg terjadinyer (kebanyakn org) lebih drpd biasa.Apa x nyer,klu biasa sehari belanja RM10 utk seorg,bln ramadhan ni jadi RM20.Knp kita jadi begini?


Lupakn isu tu,klu korg nk fikir2kn dan pesan utk member2 elok jgk.
Apa yg aku nk katakn sebenanya?

Inilah yg ingin aku katakn.Tiap2 hari aku ulang alik dari Chalok ke Padang Air.Inilh yg dpt aku tgk.Kpd kwn2,ingat2lh yer.
Ramadhan pertama area Tepoh.Aku tgk motosikal tersadai di tepi jln di pagi hari,pemandunya (perempuan) nampak x teruk sgtlh.Masih bleh berckp2 dgn org.
Ramadhan kedua area Lingai (tempat pembuangan sampah).Time aku blik kije,ada kereta kancil dh x nampak rupa.Pemandunya aku x pasti ler camner.
Ramadhan ketiga area Sungai Tong (dkt Sek Men Sungai Tong).Time blik kije jgk.Sepertimana gambar diatas.Pemandu mati di tempat kejadian.

Guru Terbunuh Dalam Perjalanan Ambil Isteri
SETIU: Seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Langkap, Setiu terbunuh setelah kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah lori tangki minyak di Kilometer 54 Jalan Kuala Terengganu-Jerteh dekat Kampung Sungai Tong petang Rabu.

Mangsa Ahmad Yusrizal Yusof, 30, mati di tempat kejadian setelah cedera parah di bahagian muka dan badan akibat perlanggaran tersebut yang berlaku kira-kira pukul 1.35 petang.

Ketua Polis Daerah Setiu Deputi Supritendan Rohaizat Mohd Ani berkata ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta jenis Perodua Viva dalam perjalanan untuk mengambil isterinya, Azlina Mohd Razali yang mengajar di SMK Sungai Tong setelah habis mengajar.

Katanya, kejadian berlaku apabila mangsa dikatakan terbabas di satu selekoh tajam sebelum berlanggar secara berhadapan dengan lori tangki minyak kelapa sawit yang dalam perjalanan ke Kota Baharu.

Rohaizat bagaimanapun memberitahu maklumat pemandu lori tangki itu belum diperoleh tetapi difahamkan hanya mengalami cedera ringan.

"Ahmad Yusrizal sering berulang ke sekolahnya dari rumahnya di Kuala Terengganu itu meninggal dunia di tempat kejadian," kata Rohaizat ketika dihubungi Bernama.

(sumber mStar Online)

Kenapa jadi begini?Tiap2 hari aku bleh tgk benda2 ni sepanjang ramadhan ni.Ni blum lagi sampai Hari Raya :(

Khamis, 21 Julai 2011

TUDUNG OH TUDUNG

Tuntutan dalam agama islam mewajibkan golongan perempuan memakai tudung, kerana rambut itu adalah aurat bagi golongan perempuan. Golongan lelaki juga wajib menyuruh isteri-isteri dan juga anak-anak perempuan bertudung. Ini adalah untuk melindungi golongan-golongan perempuan. Dan hari ini telah muncul pelabagi fesyen tudung sebagai alternatif golongan muslimah yang ingin bergaya. Masalahnya, adakah fesyen- fesyen tudung yang ada di pasaran sesuai dengan perintah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. dalam Surah An-Nur, ayat 31 bermaksud;
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak- anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Bahawa anak perempuan apabila cukup umurnya, maka mereka tidak boleh dilihat akan dia, melainkan mukanya dan dua tapak tangannya hingga pergelangan.” (H.R Abu Daud)

“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya“ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
Ramai orang pada masa kini memakai tudung yang sebegini,keluar jambul dan juga menampakkan batang leher. Adakah ini sesuai dengan perintah-NYA. Ataupun kita kini terlalu mementingkan gaya sehingga terlupa yang lebih utama.

Orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan.
Ini pun boleh dikira topik besar. Bagaimana kita nak pastikan lelaki tua yang tidak berkeinginan terhadap perempuan. Banyak kes rogol sekarang melibatkan golongan datuk-datuk, lebih dasyat lagi merogol cucu sendiri. Ada kala cucu yang belum mengerti aurat, yang baru berumur 4 tahun pun menjadi mangsa rogol. Jadi istilah di atas sudah tidak boleh di guna pakai lagi, nafsu tidak mengenal usia.

Janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang.
Istilah ini bukan hanya untuk mereka yang berkasut tumit tinggi (yang mana mengeluarkan bunyi untuk menarik perhatian orang), tetapi juga untuk mereka-mereka yang memakai bau-bauan yang menarik perhatian orang ramai. Begitu juga dengan pakaian yang menyerlah dan menarik perhatian orang ramai. Seperti mana tudung-tudung yang di pakai kebanyakan orang perempuan sekarang.
Mungkin kita terlupa, oleh itu kita patut saling ingat-mengingati sesama kita. Jangan sampai kita semua terus hanyut dan terlupa apa yang wajib ke atas kita sebagai orang islam.

Sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi yang telanjang.
Bagaimana berpakaian tetapi telanjang?
Istilah tersebut adalah untuk mereka-mereka (perempuan mahupun lelaki) yang memakai pakaian yang ketat atau juga nipis atau kedua-duanya sekali.
Lebih dasyat lagi, ada sesetengah umat yang mungkin tidak tahu hukum aurat bertudung. Tetapi memakai skirt mahupun seluar pendek.
Adakah mereka lupa ataupun buta.

PAKAIAN YANG SEPATUTNYA BAGI GOLONGAN PEREMPUAN?
Mengikut kata-kata ulamak, pakaian seperti diatas adalah yang terbaik bagi golongan perempuan. Tetapi, ada persoalan lain pula yang timbul. Tentunya fitnah, contohnya, mesti dia mengandung (bagi anak-anak dara), mesti muka buruk, mesti amal ilmu hitam dan macam-macam lagi fitnah yang mana sudah sebati dengan bangsa melayu. Harus di ingat perbuatan kita yang menimbulkan fitnah orang juga berdosa bagi kita.

JANGAN MENYAMAI GOLONGAN AHLI AGAMA LAIN
Ramai yang tak sedar kebanyakan fesyen sekarang menyerupai golongan-golongan agama lain. Seperti mana gambar di atas, memakai tudung menutupi setiap kulit (walaupun ketat menunjukan bentuk badan) tetapi menyerupai sister bagi agama kristian.

BUKAN SEMUA YANG BERTUDUNG TU BAIK DAN BUKAN SEMUA YANG TAK BERTUDUNG TU JAHAT
Memang benar,tetapi tudung itu wajib untuk golongan perempuan. Tudung juga adalah untuk melindungi maruah perempuan. Berhati-hatilah dalam berpakaian dan jagalah maruah diri. Akhir kata tadah tangan, tanya iman, Tanya mereka yang berpengetahuan (ulamak).

Rabu, 13 Julai 2011

Bilalah nak dapat sebijik

Salam kawan2 semua,yg x kwn pun sama jgk. Utk musuh2 (ada ke?) aku mintak maaf byk2 ler.

Dh lama x entry apa2 kt blog ni,arini aku nk entry pasal minat aku. Ramai yg dh tau apa hobi aku kan (klu x pnah belek2 blog aku mungkin xtau ler). Ni satu lagi minat aku yg sinonim dgn mancing ni,fotografer (tukang ambik gambor ler,bkn dpn kamera). Hobi sng (bagi mereka yg pro ler dan bkn aku hehe) ni mmg dh lama menarik minat aku, sjk aku first time knal kamera. Klu x silap masa tu umur aku bru 10 thn kot,aku tgk abg aku klik sana klik sini. Cambest jer nengoknyer, lpas dia cuci filem (thn 1990 dulu mana ada kamera digital lagi) barula aku bleh tgk yg dia klik2 sblm2 nih.Cam x cayer jer, pic2 yg dia ambik kt kwsn laman rumah (termasuk isi rumah) nampak cantik lak.

gambar Sekolah Kebangsaan Jelapang pada tahun 1975
Pic tu aku x pasti siapa yg rakamkn. Tapi itulah sejarah dan jgk kengan bagi mereka2 yg terlibat hehehe.
Skang ni aku tgh panas2kn tgn dgn kamera kompak Nikon COOLPIX L19. Kualiti pic tu mmg xderlh semegah mana, maklumlh bknnya DSLR yg harganya RM 5k. Tapi kira ok ler :(.

testing dgn bayang2

klu saper2 berminat nk beli,bleh hubungi aku

bestnyer co`lek belimbing

durian comel lagi sedap

entah kucing saper,tapi asyik lepak kt rumah aku je

semalu (x tanam ler)

RM 5 sekilo murah tu

buat ulam best jgk nih

most likely gambar yg aku rakam

Semua pic2 tu aku rakam kt area rmh aku jer, bknnya jauh pun. Model manusia yg posing2 aku x brapa berminat nk rakam, lagipun klu org ramai yg berkenan dgn model2 tu, susah ler aku nih. Saper2 yg bermurah hati nk bagi DSLR Nikon D5100 bleh hubungi aku (sapolh yg nk bagi kn hahaha)

Sabtu, 18 Jun 2011

KEMBALI KE GELAM HANGUS


17/06/2011
Turun lagi ke GELAM HANGUS.tapi masih jgk x puas hati,dpt skit sgt.X pdn dgn modal.duit minyak bot RM30,2T bot RM6.50 minyak keta x kira lagi.Tapi apa2 pun syukurlh,x sia2 sgt bercuti.

Pemandangan dlm perjalanan ke GELAM HANGUS


jeti pemancing tegar.bkn 1 tapi byk sgt.aku pun malas nk kira.

Pemandangan yg cantik,hilang masalh dlm kepala aku.Sebagai nasihat utk mereka2 yg mulut lancang berkata2,jgnlh mencabar sang bedal.Bkn setakat sang bedal,binatang hutan pun sama.


sang bedal ni ditangkap oleh aku dgn abg aku pd 31/12/2008.Dan dah diserahkn kpd PERHILITAN
Sang bedal ni masih kecil lagi klu nk di bandingkn yg ada dlm sungai.Yg mana kt mana dia,aku xkn cari.Klu dia ada,aku yg lari.



Disebabkn aku yg pegang kamera,lagilh x by udang yg aku pancing.Tapi dptlh aku rakam abg aku tgh lyn udang galah.


Pemandangan masa memancing





Bkn sng nk jumpa pemandangan yg camni.Klu dh berada kt tempat sama,blum tentu cuacanya sama.Masih ada beberapa fenomena yg aku x sempat nk rakam.Terutamanya masa kilat,mmg cantik sgt.Tapi apa daya,xder modal utk kamera :(